assalamualaikum....,
pernah korang tengok orang yang berperangai macam ni? dan pernah tak terjadi di dalam kehidupan kita seharian?
baru-baru ni, pernah terjadi dikalangan orang yang terdekat dengan saya..walaupun bukan saya yang mendengar tetapi sedikit sebanyak benda ni mengaibkan dan menjatuhkan maruah seseorang. kalo kita nk bercakap, atau kita merasa tak puas hati pada seseorang, apa perlunya kita bercerita tentang keburukkan dia yang lama kepada orang-orang yang terdekat dengannya..memang tak salah kalo kata-kata kita tu sebagai nasihat dan sebagai ingatan kepada mereka, tetapi jika kata-kata yang dikeluarkan daripada mulut kita merupakan perkara yang belum tentu benar dan bersama dengan kata-kata makian dan hinaan, perlu ker kita bercakap?
hatta sekalipun kita tengah marah disebabkan sesuatu perkara yang belum tahu punca dan pelakunya..tak perlu kita terus menuduh dan memaki atau menghina sehingga kaum kerabat dan saudaranya..jangan gunakan istilah "setitik nila rosak susu sebelangga" perlu ke kata-kata hinaan tu dikeluarkan dari mulut kita tanpa perlu kita ambil peduli hati dan perasaan orang yang mendengarnya..juga orang yang berkaitan dengan yang dituduh atau yang orang yang dituduh sendiri...
sebab itu jugak ada pepatah melayu seperti "kerana pulut santan binasa, kerana mulut, badan binasa", jadi lebih baik berdiam diri atau serahkan perkara yang terjadi kepada pencita kita ALLAH yang MAHA MENGETAHUI, dan MAHA MENDENGAR..tak perlu la kita turunkan hukuman sendiri sedangkan kita belum mengetahui tentang kebenaran sesuatu perkara..jika benar sipelaku itu yang melakukan perkara tersebut, lebih baik ambik jalan yang lebih baik, iaitu laporkan saja kepada pihak berkuasa jika orang yang menuduh itu mempunyai bukti yang jelas..tak perlu nk diungkitkan atau dikaitkan dengan perkara-perkara yang dah lepas..betul kan...
jadi rawatlah hati yang amarah dengan berzikir dan mengingati Allah S.W.T..itulah pengubat yang paling berkesan..
wassalam.....,
#adasesiapaygterasa??! heehehehe.....