Monday, 30 July 2012

berita sedih...

assalamualaikum....,
  
    ari ni masuk ari kesepuluh kita berpuasa, dan esok merupakan hari lahir husna. esok husna genap 2 tahun, tak sangka anak mama dah besar. dah tambah lagi setahun umurnya..mama dan babah sayang sangat2 kat husna. esok pagi aku dan mr.hubby akan bawa husna ke klinik. ada temujanji utk usia 2 tahun. harap2 jugak esok mr.hubby bergaji..hehehe...ingatkan nk mintak mr.hubby belikan husna hadiah. hahaha, mama tak kerja so babah la yg kena bayarkan hadiah husna dari mama...heheehe..
   Dalam masa yg sama aku dapat panggilan dari kakak sulungku dari kampung. kakakku beeritahu yg ayah telah dimasukkan ke hospital sebab sakit jantung dan paru2 berair. Ya Allah, ujian apakah yg Kau berikan kepada hambamu ini? aku bermohon pada-Mu Ya Allah semoga Kau selamatkan dan sembuhkanlah ayahku, berkati lah dia Ya Allah, dan Kau kuatkan dan tabahkan hati kami atas dugaan yg Kau berikan ini, 
amin..
    aku rasa sedikit sedih dan runsing, kehilangan ibu tersayang masih aku rasakan wlpn sudah hampir 3 tahun mak meninggalkan kami..dalam masa yg sama berita ayah sakit bwat aku tertekan dan terganggu. semoga aku dan adik- beradikku yg lain tabah dan semoga Allah membantu kami dan kuatkan hati kami.
akuberharap sangat ayah cepat sembuh..kami belum bersedia utk kehilangan seorang lagi orang tersayang. tambahan plak adikku yg bongsu akan menduduki peperiksaan PMR tahun ni..semoga pelajaran dia tidak terganggu..


wassalam..

hobi baru husna...

assalamualaikum...,

   lama jugak aku tak mengupdatedkan belog nih..bukan apa tetapi sebab sibuk melayan kerenah anak dara yg semakin hari semakin aktif, tambahan plak dengan datangnya bulan ramadhan ni membuatkan aku cepat letih. walaupun bersahur, tapi sebab husna masih lagi menyusu badan sepenuh masa jadi tekak aku cepat terasa kering. husna plak bangun pagi terus nk bermain. nak aku temankan dia bermain.
    bangun jer tido, lps mandikan, siapkan dan suapkan husna makan, dia akan mengucapkan "terima kasih"..wlpn masih dalam pelatnya, husna akan bersungguh-sungguh untuk mengucapkan terima kasih..kadang2 aku rasa dah macam iklan yg kat tv tu. bila ada yg mengucapkan "terima kasih" dan membalas dengan ucapan "sama- sama"..lagi satu hobi dia, bila dh selesai semua, dia akan cium kedua- dua pipi dan mengucup tangan aku sambil bersalaman..dah selesai, dia akan menjinjit beg plastik ker atau apa2 dan berpura2 ingin keluar berjalan2..jika aku tak melayan, mulutnya akan becok dan bising membebel..bila tiba babahnya sampai dirumah, dia akan mula becok bercerita. mcm mengadu pon ada wlpn sepatah harem kitaorang tak paham apa yg dia bebelkan..kadang2 dalam mulut becok membebel, husna bole tertidor kepenatan. bila tengok husna tertidor kepenatan, aku rasa kesian, kesian kalo dia tertido sebab tak dilayanbermain atau berbual..husna...husna, dah nk genap 2 tahun sayang, kejap ja masa bergerak..sayang anak mama...

wassalam..

Monday, 23 July 2012

Ramadhan kembali lagi....

assalamualaikum...,

kali ni Ramadhan tiba lagi, bulan mulia yg ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. di bulan ini semua umat Islam akan berusaha untuk mendapatkan sebanyak mana pahala dan ilmu. setiap surau dan masjid2 di setiap kampung atau daerah akan mengadakan solat terawih berjemaah dan juga kuliah agama. 
dan pastinya setiap daripada kita mempunyai sedikit sebanyak kenangan manis dan kenangan pahit ketika menyambut ramadhan yang lalu..semoga ramadhan kali ini membuatkan kita menjadi umat-NYA yg lebih bertakwa dan tabah. aku sendiri terasa amat teruja bila menempuh hari pertama berpuasa. rasa tak sabar untuk menunaikan ibadah puasa dan melakukan perkara2 sunat dibulan mulai ini..tahun ini rasanya aku lebih bersemangat dari tahun2 yg lepas..sebelum ni, aku banyak bersedih di atas kehilangan ibu tercinta. setiap kali tiba bulan ramadhan aku akan teringat kenangan2 semasa bersama arwah mak. tahun ni walaupun masih lagi dalam mood mengingati arwah tapi aku cuba isikan kenangan tu dengan banyak berdoa dan berzikir utk disedekahkan kepada arwah mak..semoga arwah mak sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T dan diampunkan segala dosa2 dan ditempatkan bersama2 orang yg beriman..aminn..


sekian, wassalam...

p/s*: terima kasih kerana anda semua sudi menjenguk dan membaca...