Tuesday, 14 August 2012

Lebaran Aidilfitri Menjelma lagi.....

assalamualaikum....

dear my belog,
     tinggal 4 hari lagi aidilfitri akan menjelma, kali lebaran aidilfitri dh tak semeriah sebelum2 ini. 2 tahun lepas, aku beraya tanpa mak tersayang dan raya kali ini aku beraya tanpa ayah yg tersayang..sedih...sungguh aku terasa kesedihan kali ni bila menyambut raya atau takala aku balik menziarahi kampung..masih terdengar2 suara ayah berbual2 dan bergurau dengan cucu2nya...masih terdengar suara mak memarahi anak2 yg culas dalam membuat kerja rumah. takala raya semakin hampir, ayah dan mak akan keluar ke pasar tani atau pasar minggu utk mencari daging dan ayam utk dibuat rendang. tapi kali ni, kami adik-beradik pula yg menjalankan tugas tersebut. adik2 perlu baju raya, perlukan kakak2 dan abg2 disisi semasa menyambut lebaran.
     aku terasa sunyi kali nih..bangun pagi raya tanpa suara ayah dan mak yg slalu kejutkan dan mak yg sibuk didapur sediakan sarapan kami sekeluarga sebelum pergi solat raya. ayah yg akan duduk diatas kusyen diruang tamu, menunggu anak2 bergilir2 bersalam2an memohon keampunan dipagi raya, dan ayah akan menghulurkan duit raya kepada anak2..sedih sangat kalau kenangkan saat itu..
      ntah kali ni mcm mana agaknya sambutan dikampung...mungkin aku akan cuba lakukan perkara yg lain dipagi raya ni...selepas bersalam-salaman, kami akan menziarahi kubur ayah dan mak..sedekahkan Al-Fatihah dan doa2 kepada kedua2 arwah mak dan ayah. semoga kedua2 arwah ditempatkan bersama2 orang yang beriman dan soleh..amin....

wassalam...

p/s: selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua rakan2 blogger dan kepada semua muslimat dan muslimin sekalian...

Saturday, 11 August 2012

akhirnya dia pergi jua tanpa pesanan....

    assalamualaikum....,

ari ni genap 4 hari ayah pergi meninggalkan kami adik-beradik dan menjadikan kami sebagai anak yatim piatu..masih terasa kesedihan kerana tidak sempat beraya dan bersalaman utk meminta keampunan di pagi lebaran yang telah menjadi kebiasaan. terasa hiba dan sebak melihat adik2 yg masih muda yang terpaksa menempuh hari2 yang mendatang tanpa kedua2 orang tua disisi. semoga arwah ayah dan mak dirahmati dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman. saat terakhir melihat wajah ayah sebelum dikapankan, aku terasa seperti melihat ayah sedang tidur dengan nyenyaknya..sedih dan pilu tapi kugagahkan jua hati ini untuk redha menerima ketentuan Ilahi. tapi aku masih terkilan kerana tidak dapat membahagiakan ayah semasa hidupnya.
   semoga ayah mengampunkan dosa2 yang pernah aku lakukan semasa hidupnya tanpa kesedaran atau dengan  sengaja. arwah ayah dah banyak bersusah untuk aku dan adik-beradik, dia juga seorang yang pemurah dengan orang2 yang dikenalinya. dia tidak pernah menolak jika diminta membantu. tapi sikap panas barannya kadang2 membuatkan kami adik-beradik takut untuk bermesra dengannya. tapi bagi aku, ayah adalah insan yg aku sayangi sama seperti arwah mak..wlpn dia garang, dia ttp seorang yg memahami anak2nya.
  sekarang kami tidak dapat lagi mendengar bebelan dan suaranya memarahi kami atau waktu2 berbual2 kosong dengannya. nasihat2 nya dan tunjuk ajarnya tiada lagi untuk didengar..ayah, maafkan anakmu ini, jika ada kesalahan dan bicara anakmu yg pernah membuatkan hatimu terluka dan terguris. anakmu memohon keampunan darimu kerana tidak ada sewaktu ayah menghambuskan nafas yg terakhir..ampunkan anaknda..

wassalam...

Thursday, 2 August 2012

selamat hari lahir husna, babah n selamat meyambut ulangtahun perkahwinan yg ke-3

assalamualaikum....

   anak mama dah genap 2 tahun, semalam mr.hubby kol suh bersiap2, katanya karang kita berbuka puasa di luar..wah...baguss...mama tak payah nk masak ari nih, le la cuti satu hari...hehehe...
mana taknya, ari2 masak naik tesen jugak kepala nk mencari resepi..takkan ari2 nk makan ikan goreng ngan sayur jer kan, lama2 jangankan tekak aku, tekak anak dara aku yg baru masuk 2 tahun ni pon le cemuihh...loya tekak kang, tak pasal2 plak org ingatkan mengandung lagih..kalo setakat aku tu, kira ok la..npk gaya husna nk dpt adik baru. tapi kalo husna ngan babahnya yg loya tekak??! tak ker haruuu..
   kul 5.30ptg, aku dh siap2 dan siapkan husna secantik yg bole, sb kebetulan opahnya tepon nk akan ikut join skali. kalo ada opah n atuknya, husna kena la berdandan secantik princess, karang opah n atuknya komplen kalau baju yg dipakai tu baju ari2 yg dipakai dirumah..
   dalam pkl 6ptg, babahnya sampai dan bersiap.sementara tunggu babahnya bersiap aku sediakan apa yg patut utk dibawa..anak daraku nanti kalo dh mkn sure dua2 tangannya akan penuh. siap kitaorang bergerak ke stadium lama kajang, sementara menunggu waktu berbuka, suamiku menempah meja dan order makanan di satay haji samuri..npk gaya berbuka dengan satay la mlm tu. sambil menunggu yg lain2 tiba, aku mengambil kesempatan bwk husna bermain di taman permainan yg terdapat di dalam tapak stadium kajang. husna seronok sangat bermain sampai kepenatan, tiba time mkn, husna kemain makan. mcm lagak org dewasa, aku baru satu cucuk satay dia dh 3 btg satay dikunyahnya...anakku lapar ker?


tak sempat nak baca doa lagi husna dah makan dulu...

 opah, mama linda dan abg aliff juga tak melepaskan peluang berbuka bersama..

 babah husna order air sampai 2 gelas..dahaga bebenor yer babah..

 mulut anak dara dh penuh dengan satay....

selamat hari lahir babah dan juga husna..n happy anniversary....


semoga kalian dilindungi oleh Allah S.W.T..dan sentiasa gembira...luv u 2...