Saturday, 11 August 2012

akhirnya dia pergi jua tanpa pesanan....

    assalamualaikum....,

ari ni genap 4 hari ayah pergi meninggalkan kami adik-beradik dan menjadikan kami sebagai anak yatim piatu..masih terasa kesedihan kerana tidak sempat beraya dan bersalaman utk meminta keampunan di pagi lebaran yang telah menjadi kebiasaan. terasa hiba dan sebak melihat adik2 yg masih muda yang terpaksa menempuh hari2 yang mendatang tanpa kedua2 orang tua disisi. semoga arwah ayah dan mak dirahmati dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman. saat terakhir melihat wajah ayah sebelum dikapankan, aku terasa seperti melihat ayah sedang tidur dengan nyenyaknya..sedih dan pilu tapi kugagahkan jua hati ini untuk redha menerima ketentuan Ilahi. tapi aku masih terkilan kerana tidak dapat membahagiakan ayah semasa hidupnya.
   semoga ayah mengampunkan dosa2 yang pernah aku lakukan semasa hidupnya tanpa kesedaran atau dengan  sengaja. arwah ayah dah banyak bersusah untuk aku dan adik-beradik, dia juga seorang yang pemurah dengan orang2 yang dikenalinya. dia tidak pernah menolak jika diminta membantu. tapi sikap panas barannya kadang2 membuatkan kami adik-beradik takut untuk bermesra dengannya. tapi bagi aku, ayah adalah insan yg aku sayangi sama seperti arwah mak..wlpn dia garang, dia ttp seorang yg memahami anak2nya.
  sekarang kami tidak dapat lagi mendengar bebelan dan suaranya memarahi kami atau waktu2 berbual2 kosong dengannya. nasihat2 nya dan tunjuk ajarnya tiada lagi untuk didengar..ayah, maafkan anakmu ini, jika ada kesalahan dan bicara anakmu yg pernah membuatkan hatimu terluka dan terguris. anakmu memohon keampunan darimu kerana tidak ada sewaktu ayah menghambuskan nafas yg terakhir..ampunkan anaknda..

wassalam...

No comments: