Tuesday, 14 August 2012

Lebaran Aidilfitri Menjelma lagi.....

assalamualaikum....

dear my belog,
     tinggal 4 hari lagi aidilfitri akan menjelma, kali lebaran aidilfitri dh tak semeriah sebelum2 ini. 2 tahun lepas, aku beraya tanpa mak tersayang dan raya kali ini aku beraya tanpa ayah yg tersayang..sedih...sungguh aku terasa kesedihan kali ni bila menyambut raya atau takala aku balik menziarahi kampung..masih terdengar2 suara ayah berbual2 dan bergurau dengan cucu2nya...masih terdengar suara mak memarahi anak2 yg culas dalam membuat kerja rumah. takala raya semakin hampir, ayah dan mak akan keluar ke pasar tani atau pasar minggu utk mencari daging dan ayam utk dibuat rendang. tapi kali ni, kami adik-beradik pula yg menjalankan tugas tersebut. adik2 perlu baju raya, perlukan kakak2 dan abg2 disisi semasa menyambut lebaran.
     aku terasa sunyi kali nih..bangun pagi raya tanpa suara ayah dan mak yg slalu kejutkan dan mak yg sibuk didapur sediakan sarapan kami sekeluarga sebelum pergi solat raya. ayah yg akan duduk diatas kusyen diruang tamu, menunggu anak2 bergilir2 bersalam2an memohon keampunan dipagi raya, dan ayah akan menghulurkan duit raya kepada anak2..sedih sangat kalau kenangkan saat itu..
      ntah kali ni mcm mana agaknya sambutan dikampung...mungkin aku akan cuba lakukan perkara yg lain dipagi raya ni...selepas bersalam-salaman, kami akan menziarahi kubur ayah dan mak..sedekahkan Al-Fatihah dan doa2 kepada kedua2 arwah mak dan ayah. semoga kedua2 arwah ditempatkan bersama2 orang yang beriman dan soleh..amin....

wassalam...

p/s: selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua rakan2 blogger dan kepada semua muslimat dan muslimin sekalian...

No comments: