assalamualaikum...
dear my belog...,
dah hampir 3bulan aku tak tengok dan sentuh belog nih..bukan setakat belog tapi laptop ku sendiri tak disentuh sampai berhabuk jadinya..mana taknya, dua bulan lebih aku balik kampung sebab berhari raya dan terus sambung raya haji..dah mmg jadi kebiasaan, kalo aku balik seorang bertemankan anak kesayangan, aku takkan bawa laptop sekali..aku tinggalkan dirumah ngan suami..bole la dia layan game..
kebetulan kakakku dan adikku eja bersalin dalam bulan syawal yg lepas, jadi mmg tak terlayan FB atau apa saja kekadang tu tvpun tak sempat nk buka..sementara mereka berdua berada di dalam keadaan berpantang, aku yg perlu mencari lauk2 utk mereka yg berpantang dan juga utk adik2ku yg lain..
semasa mereka berdua berurut dengan tukang urut kampung, aku pun mengambil kesempatan meminta petua utk menjaga badan dari luaran dan juga dalaman..mak long tukang urut tu beri beberapa tip dan juga ubat tradisional atau jamu..cara yg paling senang, tumbuk atau kisar ibu kunyit, daun sireh dan juga daun inai. kisar sampai lumat dan gentelkan kecil2 mcm makjun tu. pastu korang makan la sebiji waktu pagi dan sebiji waktu malam. ini utk merawat keputihan dan utk merapatkan bahagian intim kita..
utk korang yg tak lalu atau tak berselera nk makan makjun buatan sendiri tu, korang boleh pilih yg dijual dipasaran sekarang nih..cuma aku tak tau la keberkesanan makanan dan minuman tambahan tu..tambahan plak dengan mcm2 iklan yg diaorang iklankan tu, kekadang bwat aku sendiri malu..
pernah korang tgk atau baca iklan yg disiarkan diakhbar metro kalo aku tak salah la, iklan yg menunjukkan perempuan yg berpakaian ketat dan bertudung, memberitahu ttg suami yg lemas dlm dakapan...eeeiiiiii geli aku dengar, kot ye pun nk lakukan produk tu takyah la siarkan ayat yg camtu. npk tak senonoh plak..sekarang nih dah bermacam2 produk yg dijual cuma pandai2 la kita pilih yg mana satu pilihan hati..
No comments:
Post a Comment