Monday, 23 July 2012

Ramadhan kembali lagi....

assalamualaikum...,

kali ni Ramadhan tiba lagi, bulan mulia yg ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. di bulan ini semua umat Islam akan berusaha untuk mendapatkan sebanyak mana pahala dan ilmu. setiap surau dan masjid2 di setiap kampung atau daerah akan mengadakan solat terawih berjemaah dan juga kuliah agama. 
dan pastinya setiap daripada kita mempunyai sedikit sebanyak kenangan manis dan kenangan pahit ketika menyambut ramadhan yang lalu..semoga ramadhan kali ini membuatkan kita menjadi umat-NYA yg lebih bertakwa dan tabah. aku sendiri terasa amat teruja bila menempuh hari pertama berpuasa. rasa tak sabar untuk menunaikan ibadah puasa dan melakukan perkara2 sunat dibulan mulai ini..tahun ini rasanya aku lebih bersemangat dari tahun2 yg lepas..sebelum ni, aku banyak bersedih di atas kehilangan ibu tercinta. setiap kali tiba bulan ramadhan aku akan teringat kenangan2 semasa bersama arwah mak. tahun ni walaupun masih lagi dalam mood mengingati arwah tapi aku cuba isikan kenangan tu dengan banyak berdoa dan berzikir utk disedekahkan kepada arwah mak..semoga arwah mak sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T dan diampunkan segala dosa2 dan ditempatkan bersama2 orang yg beriman..aminn..


sekian, wassalam...

p/s*: terima kasih kerana anda semua sudi menjenguk dan membaca...

No comments: